BAHAYA YANG TERSEMBUNYI DALAM PRODUK KECANTIKAN - 1

Mitos 1:
Gunakanlah saya pada muka anda untuk memiliki wajah yang berseri.

Fakta sedih:
Anda mempunyai wajah yang gelap dan hodoh! Lihatlah bagaimana krim pemutih ini melunturkan kesedihan anda.

Mitos 2:
Ia menyelesaikan masalah jerawat anda dalam beberapa hari. Tidak percaya? Cubalah saya hari ini.

Fakta sedih:
Muka berjerawat ??. Gunakanlah gel anti jerawat ini yang mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit. Ia boleh menghilangkan jerawat anda dengan cepat tetapi jerawat akan timbul lagi. Anda telah dipermainkan!!!

Mitos 3:
Ini adalah krim pelembab SEMULAJADI. Krim ini patut selamat digunakan.

Fakta sedih:
Secara semulajadinya, produk ini merupakan penipuan yang besar! Secara SEMULAJADInya, ia mungkin masih mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Sentiasa baca senarai bahan yang terkandung dalam produk.




Apakah yang membuatkan pencuci muka begitu berkesan dalam membersihkan kotoran pada muka? Apakah yang membuatkan serum kecantikan dapat mempermuda kulit dengan cepat?  Apakah yang menyebabkan bedak asas dapat menyembunyikan ketidaksempurnaan pada kulit? Ha!!! Apa lagi, jika bukan kandungan bahan kimia dalam produk. Tetapi, adakah anda benar-benar tahu mengenai kandungan bahan-bahan kimia ini?

Semua orang berfikiran bahawa bahan kimia yang digunakan dalam produk kecantikan adalah tidak merbahaya – ini mungkin kerana kita berpendapat bahawa produk seumpama itu adalah tidak berbahaya. Semua orang menggunakan produk jagaan diri, semua orang membelinya, setiap kedai ada menjualnya – sepatutnya selamat kan?

Sebenarnya, bahan-bahan kimia ini adalah tidak selamat digunakan.

Ketahuilah beberapa bahan kimia umum tetapi merbahaya dalam produk kecantikan dan jagaan diri dalam siri rencana yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment