BAHAYA YANG TERSEMBUNYI DALAM PRODUK KECANTIKAN - 2

Buih-buih Menyeronokkan ??  --- SURFAKTAN BERANION


Anda boleh menemuinya di dalam larutan pencuci kereta, pembersih lantai garaj dan enjin penyahgris bukan dalam produk-produk kecantikan anda. Jadi, anda boleh bernafas dengan penuh kelegaan. Kemudian BOOM, datang satu kejutan – ketika anda sedang melihat-lihat senarai bahan kimia pada krim mandian anda dan didapati salah satu daripada bahan kimia ini:
  1. Sodium Lauryl Sulfate (SLS) - Paling Terkenal dalam keluarga SURFAKTAN 
  2. Sodium Laureth Sulfate (SLES)
  3. Ammonium Lauryl Sulfate (ALS)
  4. Ammonium Laureth Sulfate (ALES)


Fungsi:
  • Membuat sabun, cecair pembersih, krim mandian dan krim pencukur berbuih dan berbusa (empat bahan kimia di atas ditemui seperti rumpai yang tumbuh dengan banyaknya).
Kesan Buruk:
  • Menghilangkan minyak semulajadi kulit, menyebabkan kekeringan dan kegatalan.
  • Haiwan yang yang terdedah kepada bahan-bahan kimia ini didapati mengalami kerosakan mata, tekanan saraf utama, kesukaran bernafas, cirit-birit  dan juga kematian!
  • Fetus atau janin dijangkakan boleh mengalami kegagalan fungsi mata atau pertumbuhan mata jika terdedah kepada SLS, dalam erti kata lain organ mata wujud tetapi tiada penglihatan atau terjadi sesuatu kecacatan.
Lain-lain:
  • APA, BAHAYA! Tetapi mengapa SLS dan ALS masih lagi digunakan? Ini kerana dua bahan ini adalah sangat murah dan mempunyai ciri berbusa yang kita semua suka.
Fosil DINASOR untuk dijual --- PROPYLENE/BUTYLENE/ETHYLENE GLYCOL


        Diperolehi hasil daripada fosil (tulang belulang) dinosaur, wujudlah benda yang  dipanggil sebagai EMAS HITAM - Petroleum. Dan dari petroleum,  kini kita perolehi glikol sejenis bahan kimia.

Fungsi:
  • Biasanya digunakan sebagai pengemulsi – bertujuan mencampurkan air dan minyak bersama.
  • Mengekalkan kelembapan.
Kesan Buruk:
  • Sebaik saja terkena atau terdedah kepada bahan kimia glikol ini, seseorang mungkin mengalami kegatalan pada salur pernafasan, loya dan muntah, cirit-birit, konjuktivitis dan tekanan.
  • Jika anda menyapunya secara langsung pada kulit anda, glikol boleh menembusi kulit. Dan  apabila ia berlaku, (juga apabila diambil atau terserap ke dalam badan) ia (glikol) membawa kepada kerosakan serius pada hati, jantung, otak dan sistem saraf pusat anda – juga kematian!
Lain-lain:
  • Ia adalah amat toksik - PG sudah biasa digunakan untuk membuang teritip-teritip yang melekat pada permukaan bot-bot. Bolehkah anda bayangkan bahawa anda sebenarnya menyapu dan menggunakan bahan itu pada kulit anda?
ESTROGEN - - - PARABENS ( METHYL , PROPYL , EHTYL , BUTYL


Paraben dan sel payudara pernah menjadi “sahabat baik”. Sel payudara selalu berfikir yang paraben adalah rakan baiknya. Tanpa sel payudara menyedari bahawa paraben tidak ada apa-apa tetapi ia seperti seekor serigala yang bertubuhkan biri-biri. Nampak lemah tetapi masih cukup kuat untuk melakukan kerja-kerjanya, paraben boleh mimik seperti estrogen, meskipun dengan tujuan untuk menyebabkan penyakit kanser payudara.


Fungsi:

  • Murah dan mempunyai aktiviti spektrum lebar anti-mikrobial.
  • Biasanya digunakan sebagai bahan pengawet kosmetik iaitu bertujuan untuk memberhentikan atau mencegah pertumbuhan mikrob dan memanjangkan jangka hayat produk.
Kesan buruk:
  • Paraben seakan struktur estrogen dan boleh menyebabkan kanser payudara.
  • Ianya juga menyebabkan dermatitis, ruam, keradangan kulit, kegatalan, kemerahan dan sakit.

Lain-lain: 

Pelindung matahari, produk rambut dan alat solek juga mengandungi paraben.

No comments:

Post a Comment