BAHAYA YANG TERSEMBUNYI DALAM PRODUK KECANTIKAN - 3

Sedap dihidu, bahaya kalau tersedut - - - Pewangi

Semua orang suka akan bau yang harum, maka pengeluar produk penjagaan diri menyertakan bahan haruman dalam produk mereka. Tetapi, kebanyakan bahan haruman ini ialah sintetik – diperbuat daripada kombinasi pelbagai bahan kimia yang berasaskan petroleum

Fungsi:
  • Membuatkan sesuatu produk berbau harum (minyak wangi menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada produk).
Kesan Buruk:
  • Minyak wangi boleh menjadi toksik atau karsinogenik.
  • Bahan haruman memberi kesan pada sistem saraf kita, menyebabkan kemurungan, hiperaktiviti dan kepekaan.
  • Simptom seperti sakit kepala, pening, ruam alergi, kegatalan pada kulit dan perubahan warna, batuk yang berterusan dan muntah dilaporkan.
Lain-lain:
  • Beberapa bahan kimia yang terdapat dalam minyak wangi adalah bahan kimia yang sama terdapat dalam asap rokok. Oleh itu, keadaan ini dianggap sama seperti merokok juga. Sekarang anda mesti sedar kenapa anda sakit kepala apabila menghidu beberapa minyak wangi yang tertentu.

Menyalut anda dengan baik - - - Minyak galian

Produk sampingan petroleum yang lagi satu – minyak mineral banyak dijumpai dalam gincu, balm bibir, losyen pelembab, penanggal solekan dan krim asas cecair



Fungsi:
  • Melembabkan/melincirkan kulit kita.
Kesan:
  • Minyak mineral menyumbatkan liang pori, menyebabkan jerawat, menghalang kulit daripada bernafas dengan baik dan mengandungi karsinogen seperti ‘hidrokarbon aromatik polisiklik’ (PAH’s).
  • Walaubagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyatakan bahawa minyak mineral boleh menyumbatkan liang pori pada kulit. Lebih-lebih lagi, minyak mineral yang digunakan dalam produk kecantikan dikatakan bertapis di mana bebas daripada kehadiran PAH.
Lain-lain:
  • Pendapat berlainan membuatkan anda keliru? Baik, anda boleh mengelakkan risiko dengan tidak menggunakan produk yang diperbuat daripada minyak mineral dan gunakan mentega ‘shea’ atau minyak jojoba sebagai alternatif.
Bahan Kimia yang memabukkan 

Alkohol


        Alkohol banyak dijumpai dalam minyak wangi, produk rambut, toner muka, losyen badan dan losyen selepas-cukur.
Fungsi:
  • Berfungsi sebagai agen anti-beku (alkohol isopropil), pelarut/pelincir/emolien/kulit. Pelembut (alkohol sitil), anti-bakteria (alkohol isopropil), membantu menghantar bahan ke dalam kulit dan cepat menyejat (alkohol SD-40 – sesuai digunakan dalam toner).
Kesan Buruk:
  • Berhati-hati dengan alkohol asitil lanolin yang bersifat komedogenik (menyumbatkan liang pada kulit).
  • Berhati-hati dengan kandungan glikol propilin (menyebabkan kegatalan pada kulit dan menyebabkan kerosakan ginjal).
Lain-lain:
  • Dari aspek kosmetik, apabila sesuatu produk dinyatakan ‘Bebas dari Alkohol’, itu tidak bermaksud produk tersebut langsung tidak mengandungi alkohol.
  • Sebenarnya, kenyataan ‘Bebas dari Alkohol’ bermaksud produk tersebut tidak mengandungi alkohol etil – jenis alkohol yang terkandung dalam minuman keras dan menghilangkan kelembapan seterusnya mengeringkan kulit anda.
  • Namun, alkohol jenis tersebut dianggap selamat dan tidak menjengkelkan seperti alkohol sitil dan alkohol steril.

No comments:

Post a Comment